Langkau ke kandungan utama

Perjalanan Balkan Day 8: Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina

 Kembara Mencari Nilai: Balkan (Day 8 : Sarajevo)

9 November 2024

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Vrelo Bosne, Ilidža

adalah sebuah kawasan semula jadi yang terletak di pinggir bandar Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina. Ia terkenal sebagai sumber air utama bagi sungai Bosna terletak di bawah kaki Gunung Igman, dan airnya yang jernih mengalir keluar dari gua-gua semula jadi.  Merupakan kawasan rekreasi dan pelancongan yang popular dengan pemandangan alam yang menakjubkan.

 


Ahmici Mosque, Vitez

Terletak di kampung Ahmići, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Vitez. Masjid ini terkenal bukan sahaja kerana seni binanya yang indah, tetapi juga kerana peranannya dalam sejarah yang tragis yang berlaku semasa Perang Bosnia (1992-1995).

Masjid Ahmići terlibat dalam salah satu peristiwa tragis semasa Perang Bosnia pada tahun 1993 yang mana terlah berlaku pembunuhan berama-ramai semasa kejadian di kampung ini oleh tentera Bosnia-Croatia,  melibatkan seramai 116 orang. Kebanyakannya yang terlibat adalah etnik orang Bosnia (Muslim). Masjid ini dan beberapa bangunan lain di kampung Ahmići dibakar dan dihancurkan semasa serangan itu.

Selepas berakhirnya Perang Bosnia, banyak bangunan di kawasan tersebut, termasuk Masjid Ahmići, telah dibina semula Masjid Ahmići, bersama dengan kampung Ahmići itu sendiri, menjadi simbol penting dalam mengenang tragedi Perang Bosnia.




Džamija Malezija (Masjid Malaysia), Turbe

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Malaysia kerana sumbangan besar dari Malaysia untuk pembinaannya yang tTerletak di Gunung Bjelasnica,Sarajevo

Dibina sebagai penghormatan kepada para pahlawan yang terkorban semasa Perang Bosnia (1992-1995) dan siap dibina pada tahun 2003.

Masjid ini mempunyai seni bina yang menonjolkan ciri-ciri Islam tradisional, dengan elemen-elemen seni bina Ottoman yang biasa ditemui di masjid-masjid di Bosnia.

Yang menarik penjaga merangkap cleaner bahagian perempuan sangat ramah dan baik hati menyantuni mereka yang solat di sini.




Mlinići atau Mlinčići, Jajce

Terletak di Pilva River bersama dengan Pilva Waterfall. Kalau kalian berkesempatan boleh singgah melihat Pilva Waterfall yang sangat cantik.
Mlincici berasal dari perkataan "mlini," yang bermaksud "kincir" yang berkait rapat dengan kawasan ini. Pada abad pertengahan, kincir-kincir kecil telah dibina di sini untuk menggiling jagung atau tepung. Terdapat banyak kerana banyak air terjun kecil yang mengalirkan air ke dalam sungai dan Pilva Lake. Kawasan ini dikelilingi juga oleh pergunungan yang sangat indah.


Perjalanan Balkan Day 9: Croatia

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini