Day 10 Besham Islamabad
15 November
1. Sekali
lagi dapat merasa capati sedap dan
selimut sedap dia. Kalaulah ringan dah lama beli satu dan bawa balik.
1. Besham Islamabad
Terus bergerak ke Islamabad sebab perjalanannya jauh. Memandangkan hari ini hari terakhir sedikit berkejaran dengan masa.
Perjalanan Besham ke Islamabad dalam anggaran 6 jam.
3. Meninggalkan
Besham bermakna meninggalkan daerah-daerah cantik di Pakistan, kerana apabila
masuk saja ke Islamabad, kalian tidak akan dapat melihat lagi pemandangan yang indah Pakistan. Berada di Islamabad, perasaannya seperti berada di Kuala Lumpur.
Keretanya sangat banyak dan tidak ada sistem peraturan jalan raya yang tersusun.
Agak pening untuk kita yang memandang.
2. F7 Shopping Mall
Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir, maka perjalanan hari ini hanyalah persinggahan sebelum flight malam ini. Sampai di Islamabad, kami makan tengahari dahulu sebelum solat dan membeli belah di F7 shopping mall. Sebenarnya lebih kepada menghabiskan duit Pakistan yang ada.
Selesai, kami bergerak ke hotel untuk rehat seketika dan mengemas bagasi.
3. TKR
Makan malam di sini. Makan malam terakhir di Pakistan. Makan malam di sini sedikit tenang jika dibandingkan dengan Monal Restaurant. Ruangannya lebih terbuka dan lebih lapang.
6. 4. Bergerak ke Islamabad Airport.
S Setelah itu kami bergerak ke lapangan terbang. Maka, selesailah trip kami di Pakistan.
- Nantikan kesimpulan catatan Pakistan penuh ibrah. Adakah saya bertemu nilai yang saya cari dalam kembara ini? Tunggu catatan seterusnya.-










Ulasan
Catat Ulasan