Day 5 Gilgit to Hunza
10 November
Sarapan di Avari Xpress Hotel, Gilgit. Pemandangan gunung ganang dapat dilihat melalui tingkap ketika sarapan.
Singgah sebentar di sini. Ada pemandangan air terjun yang cantik sangat dekat sini.
2. Old Silk Road
Ini tinggalan lama. Boleh lihat laluan Silk Road dekat sini (Laluan Sutera kalau ikut buku teks sejarah kita dulu dulu). Terbina sejak zaman
Dinasti Han lagi. Zaman ini adalah zaman perkembangan perdagangan antara China dengan
negara-negara sekitarnya. Namun kegemilangan laluan ini mula tenggelam selepas kebangkitan
Khalifah Uthmaniyah yang menguasai ekonomi ketika itu.
3. Rakaposhi View Point.
Tempat yang paling hampir untuk tengok puncak Gunung Rakaposhi. Ada beberapa kedai
dan restoran berhampiran view point ini. Kalau nak beli baju, topi, mafla atau
barangan buatan tempatan yang lain adalah sangat dicadangkan untuk beli di sini.
4. Minapin Nagar
Sebuah perkampungan yang mempunyai pemandangan yang cukup cantik.Boleh lihat pemandangan Gunung Rakaposhi juga di sini. Apabila lalu di sini, kita boleh lihat cara hidup penduduk tempatan di sini.
4. Rakaposhi Restaurant
Restoran ini berhampiran dengan Rakaposhi View Point tadi. Kami makan dan solat di sini.
Antara tempat tumpuan kalau hendak membeli belah pelbagai buah tangan. Pelbagai barangan buatan tempatan juga dijual di sini. Sambil itu, boleh lihat pemandangan bukit dan gunung di sekitarnya.
Antara hotel yang memiliki pemandangan paling terbaik di Hunza. Pemandangannya, MasyaAllah menakjubkan. Dan kami beruntung kerana bilik kami betul-betul menghadap gunung. Saya cakap dengan sahabat saya, kalaulah ada direct flight, saya nak datang lagi ke Hunza ini saja untuk bermalam dan berjalan jalan. Memang tak boleh move on dengan pemandangan dia. Sesiapa yang ke Pakistan, memang dicadangkan sangat untuk menginap di sini. Dari segi fasiliti, hotel ini memang cukup lengkap fasilitinya dan staf semua peramah.
Sempat sembang dengan staf dia. Rupanya kami adalah antara pelancong terakhir yang mungkin menginap di sini. Sebab masuk bulan Disember, mereka kata memang 'off season' sampai Februari. Dah masuk musim winter, salji mungkin akan tebal sedikit di kawasan ini.

















Ulasan
Catat Ulasan