Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 7 Hunza)

 Day 7 Hunza

12 November

1. Altit Fort

Selepas sarapan kami bergerak ke Altit Fort, Hunza. Menurut tourist guide, Altit Fort ini asalnya adalah rumah bagi pemimipin Hunza yang digelar 'Mir', sebelum mereka berpindah ke Baltit fort. Altit Fort dan menara Shikari telah berusia 1100 tahun dan diiktiraf di dalam UNESCO Asia Pacific Heritage Award bagi kategori Cultural Heritage Conservation pada 2011.

2.   Penduduknya sangat ramah. Dan kita juga berpeluang untuk melihat pokok epal di sekitarnya dan boleh membeli buah epal yang baru dipetik.















     







    2. Hoper Glacier View Point, Nagar

Sepanjang laluan ke sini kita dapaat melihat beberapa kampung dan aktiviti penduduknya. Menarik sangat untuk kita melihat budaya dan kehidupan mereka yang mungkin sedikit berbeza daripada kita. 

Kami makan dan solat di sebuah restoran di sini sebelum ke Hoper Glacier View Point. Jalan ke sini agak mencabar dan kita boleh melihat perkampungan sepanjang laluan ke sini.

Hoper Glacier View Point antara yang popular. Menurut tourist guide, Hopper Glacier ini adalah yang kedua fastest moving glacier di dunia selepas Alaska.

Sayangnya, kami tidak berpeluang untuk ke bawah melihatnya dari jarak dekat. Kata mereka, anggaran perjalanan turun dan naik lebih 3-4 jam. Dan disarankan agar memakai kasut hiking yang cengkamannya kuat kerana jalannya berbatu dan berpasir dan mencabar.

Kami hanya ke kawasan view point yang jalannya juga tidak mudah dan memerlukan staminaTetapi, begitulah. Bukan selalu. Sementara kaki masih diberi kekuatan. Dan pemandangannya, MasyaAllah, memang sangat cantik.

Di checkpoint pertama, ada pelbagai kedai yang menjual cenderamata juga. Dan kalau kalian, mencari mafla buatan tempatan, saya saran untuk membelinya di sini, kerana kainnya sangat lembut dan cantik.


















Selesai aktiviti di sini, kami bergerak pulang ke hotel.

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini