Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 4 Besham - Gilgit)

9 November

Day 4: Besham to Gilgit


Tentang Besham Hilton Hotel.

Gambar di bawah ini pemandangan dari hotel kami.


Seperti biasa, sebelum bergerak, kami sarapan di hotel. Yang paling saya suka capati dia. Memang tak sama dengan tempat lain. Macam roti canai sikit rasa dia dan lembut.


Bagi sesiapa yang berminat untuk beli karpet, saya cadang untuk beli dekat sini. Murah dan sangat peramah jurujual dia. Pandai jurujual dia, letak karpet di sekitar ruang makan. Sambil makan tu, mata melilau tengok karpet dia yang cantik. Pakistan dengan karpet tak dapat dipisahkan. Bolehlah untuk yang berminat.


    Pakcik, guard hotel ini pun sangatlah baik. Mula-mula takut juga nak approach sebab dia pegang senapang. Tapi sebenarnya baik je. Apabila saya signal nak ambil gambar, dia menganggukkan kepala dan menghadiahkan senyuman. Entah kenapa, rasa sedih pula nak tinggalkan dia. Ajaibkan sebuah silaturahim. Jumpa sehari pun dah rasa dekat. Begitulah. Ikhlas sebuah silaturahim.

    Sempat saya lambai kepada beliau dan dibalas balik, apabila coaster kami berlalu keluar. Saya doakan pakcik diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dipermudahkan urusan dalam tugasannya.




Karakoram Highway

Harini perjalanan kami agak panjang. 8 jam perjalanan tidak termasuk berhenti rehat. Maka banyak masa akan berada di dalam coaster. 

Kami ke Gilgit melalui Karakoram Highway. Karakoram Highway ini terkenal dengan jalannya yang mencabar dan berbahaya. Sempit dan sangat curam. Hanya yang biasa dan mahir dengan jalan ini sahaja yang sesuai untuk membawa kenderaan melalui jalan ini. Karakoram Highway ini, termasuk dalam kategori Eight Wonder of the World sebab jalan yang mencabar dan masih dalam pembinaan. 

Highway ni dinamakan juga Friendship Highway kerana ianya adalah projek bersama oleh China dan Pakistan. Highway ni menghubungkan Gilgit Baltistan dan juga laluan Silk Road. Highway ini bermula dari Kashgar, Xinjiang China hingga ke Abbottabad, Pakistan

Karakoram Highway ini masih belum siap sepenuhnya. Makanya sepanjang perjalanan memang bertabahlah dengan jalan berbatunya. Untuk ke Gilgit dari Islamabad, memang inilah jalan darat yang ada.

Oleh kerana ianya masih dalam pembinaan, memang ada jadual untuk kenderaan keluar masuk melalui jalan ini. Kalau bukan rezeki, memang akan stuck lama sampai pintu dibuka semula.  

Pemandangan sepanjang laluan, MasyaAllah memang cantik. Kita akan dapat melihat juga laluan sungai Indus (siapa yang suka sejarah akan ingat) dan beberapa sungai lain juga di sepanjang perjalanan yang dihiasi bukit bukau, gunung ganang.

Siapa yang tak tahan dan takut pening, dinasihatkan untuk makan ubat muntah terlebih dahulu. 






















Shangrila Chillas.

Kami makan dan solat di sini sebelum bergerak ke Gilgit. Pemandangan di sini pun cantik. 





Hotel Heritage House, Gilgit.

Setelah menempuh perjalanan yang panjang, kami sampai di Gilgit dalam anggaran pukul 8 malam. Kami makan malam terlebih dahulu di sini sebelum check in ke hotel.


Avari Xpress Hotel, Gilgit.

Kami bermalam di sini. Pemandangan hotel ini pun menarik sangat. (Kebanyakan view hotel yang kami menginap di Pakistan semuanya pun menarik. Mungkin sebab view tu tak ada kat Malaysia). Kelengkapan asas ada kecuali iron.


Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 5 Gilgit-Hunza)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini