Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 8 Hunza-Gilgit)

Day 8 Hunza Gilgit

13 November

Ambiance Resort, Hunza

Hari terakhir di Hunza dan akan meninggalkan hotel yang cantik ini. Sedihnya rasa hati hendak meninggalkan daerah yang cantik ini.
Makanya, seperti yang dijanjikan, saya kongsi beberapa gambar dari hotel ini.















    Naltar  Valley, Gilgit
    Selepas sarapan dan check out, kami bergerak ke Naltar Valley. 
    Tourist guide memaklumkan bahawa salji sudah mula turun di Naltar Valley.
Hari ini kami akan menaiki Jeep. Harga per pax adalah 1400 rupee. 
   
    Perjalanan ke Naltar Valley ini agak panjang. Dalam 4 jam perjalanan. Menaiki jeep dengan pemandu yang memang mahir dengan jalan di sini. Jalannya sedikit berbatu dan mencabar. Apatah lagi kami pergi pada musim yang salji sudah mula terbentuk di atas jalan. Maka jalan sedikit licin. Saranan, kalau anda mudah pening, seeloknya makan ubat muntah terlebih dahulu. 
 
    Kami makan tengahari di pertengahan perjalanan iaitu di Naltar Bala (satu perkampungan di Naltar valley ini). Selesai makan tengahari dan solat, baru perjalanan dimulakan. Sampai di sini, saya sudah kagum kerana sudah nampak rona salji di situ.

   

















Untuk ke ke tasik di Naltar Valley dari Naltar Bala anggaran dalam 2 jam perjalanan sejauh 13 km. Mungkin, kerana jalannya yang berbatu maka ianya memakan masa untuk sampai ke sana. Namun, MasyaAllah pemandangan sepanjang laluannya hanya Tuhan yang tahu. Walaupun jalan dia sedikit mencabar, tetapi melihatkan pemandangan yang dilihat sepanjang membuatkan rasa debar itu hilang.

 Kata pemandu jeep, kalau kena musim winter, suhu normal di sini adalah -25 darjah celcius. Terkejutnya kami apabila beliau memberitahu itu adalah suhu normal. Kami yang rasa suhu -4 ke -9 darjah celcius pun sudah rasa macam tak tahan.

    Tasik di Naltar Valley: Satrangi Lake, Halima Lake, Bodlok Lake, Dhudia Lake, Pari Lake, and Blue Lake. Jalan untuk ke tasik ini berbatu dan curam dan akan melalui sungai dan perkampungan. Kalau masuk musim winter, susah untuk kenderaan untuk sampai ke tasik berkenaan disebabkan salji sangat tebal. 


























Naltar Valley adalah tempat yang paling saya sarankan jika ke Gilgit. Tak mampu untuk ke Swiss, di sini pun sudah cukup cantik pemandangannya tanpa mengira musim.

Setelah puas mengambil gambar, kami bergerak turun dalam pukul 4.30 petang dan terus bergerak ke hotel Avari Xpress, Gilgit untuk bermalam di sana.


Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Salji di Naltar Valley)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini