Day 6 Hunza
11 November 2023
2.
2. Passu Glacier
Salah satu daripada beberapa glacier sepanjang Karakoram Highway (KKH) yang boleh dilihat dengan jelas.
3. Khunjerav Café .
Kami makan dan solat disini. Sedap sangat makan ikan di sini. Mungkin sebab hari-hari makan daging dan ayam, apabila bertemu ikan, nikmatnya rasa lain. Bagi mereka ikan susah didapati. Berbeza dengan kita.
Nikmat solat di ruang terbuka dalam cuaca sejuk menghadap keindahan alam. Bukan selalu. Sudah ada rona-rona salji di sini. Kami berada di awal musim winter. Mungkin sebab Hunza berada di utara, maka winter datang awal di sini.
4. The Rainbow Bridge, Passu
Dalam perjalanan ke Hussaini Suspension Bridge, kami singgah di sini untuk ke tandas. Antara salah satu tempat untuk fotografi di sini berlatar belakang Hunza River dan gunung di sekeliling yang menghiasai pemandangan.
5. Hussaini Suspension Bridge
Antara yang terkenal kalau datang ke Hunza dan dikenali antara jambatan yang sangat berbahaya di dunia mungkin kerana binaannya. Ketinggian 100 kaki dari sungai, mengandungi sejumlah 472 keping kayu yang dijadikan sebagai jambatan dan panjangnya adalah 660 kaki. Jambatan ini dikatakan terbina daripada zaman British.
Mungkin kerana tourist guide tidak mahu kami mengambil risiko, kami hanya dibenarkan meniti sampai 12 tapak sahaja (12 keping papan). Bergambar dan patah balik. Dan kami memahaminya kerana mereka lebih berpengalaman daripada kita.
Selesai, kami balik ke hotel. Cukuplah perjalanan setakat hari ini.
Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Day 7 Hunza)

























Ulasan
Catat Ulasan