Langkau ke kandungan utama

Pakistan Kembara Mencari Nilai (Day 9 Gilgit-Besham)

 Day 9 Gilgit Besham

14 November


Hari ini adalah hari terakhir di Gilgit Baltistan. Makanya, kami akan mula meninggalkan semua pemandangan yang cantik-cantik di Pakistan. Berikut adalah gambar pemandangan dari Hotel Avari Xpress yang tidak lagi akan dapat dilihat selepas ini.


 
    







Hari ini kami memulakan perjalanan panjang melalui Karakoram Highway untuk ke Besham selama 8 jam. Di sepanjang perjalanan kami akan berhenti di beberapa view point dan berhenti rehat di Chillas untuk makan tengahari dan solat. 

1. Mightiest Mountain Junction View Point

    Disini adalah tempat di mana antara tiga gunung tertinggi di dunia bertemu (Himalaya, Karakoram and the Hindu Kush). Kita juga boleh melihat pertemuan antara sungai Indus dan sungai Gilgit di sini.


 2. Nanga Parbat View Point
Nanga Parbat, adalah gunung kesembilan tertinggi di dunia. Dikenali juga dengan Killer mountain sebabnya laluan pendakiannya yang mencabar. Dari view point ini kita boleh nampak puncaknya dengan jelas.

 














     3. Shangrila  Chilas

Sekali lagi makan tengahari di sini sebelum menyambung perjalanan dan akan melalui lagi sekali Karakoram Highway yang paling sukar dan berbahaya itu.

 









   4. Karakoram Highway

Disebabkan pembinaan, dan seperti yang saya catatkan sebelum ini, yang dia ada jadual buka dan tutup setiap hari sehinggalah pembinaan selesai. Maka, dijadikan cerita kami tersangkut disini hampir 2 jam. Bertambah lagi jadi 10 jam perjalanan. (Panjang kan?)

Apabila dibuka, berpusu-pusulah mereka yang hendak keluar masuk melalui jalan ini. Bayangkan, jalan yang sempit itu, tetapi kereta yang hendak keluar masuk bertembung, memang mendebarkan. 

Tetapi, menariknya Pakistani, mereka marah dan gaduh pun tak nampak macam marah. Kita pula yang teruja dalam kekalutan itu.

 














    5.Besham Hilton Hotel

    Dan sekali lagi juga, kami menginap di hotel yang unik ini. Kami makan malam di sini. Seperti yang saya pernah beritahu, hotel ini memang sedap makanan dia. Berbaloi kita yang lapar setelah tersekat dalam kekalutan di Karakoram Highway tadi.

 Pakistan Kembara Mencari Nilai (Day 10: Besham Islamabad)

Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini