Langkau ke kandungan utama

Pakistan: Kembara Mencari Nilai (Salji di Naltar Valley)

Ada orang tanya, memang pilih ke untuk pergi musim winter?
Jawapannya, 'tak'. 
Tidak pernah  terfikir dan tiada dalam perancangan. Bukan tidak pernah berimpian untuk melihat salji. Namun, tahu kapasiti yang tidak tahan dengan cuaca sejuk.
Lalu, saya selalu beritahu kawan-kawan, jika nak 'travel', kita kena pilih bulan selain musim winter. 

Namun hendak dijadikan cerita, 2 minggu sebelum berlepas, tourist guide menyuruh kami membawa baju yang sesuai untuk 4 musim. Kerana ada tempat yang suhunya agak sejuk. Saya terkejut. Awalnya winter datang di Pakistan. Baru awal bulan November. Rasa berdebar. Tahan ke dengan sejuk sepanjang di sana? Gelabah juga cari baju yang bersesuaian untuk dibawa.

Sepanjang di Islamabad, Swat dan Besham, saya belum bertemu dengan suasana yang ke arah winter. Hati sedikit lega sebab boleh 'tolerate' dengan suhu yang ada.
Namun apabila kami memulakan perjalanan melalui Karakoram Highway, dengan pemandangan gunung dan bukitnya, saya mula merasakan yang kami sudah pun berada di awal musim winter. Dalam hati berkata, entah-entah sempat bertemu dengan salji sebelum balik.

Apabila kami masuk saja ke daerah Gilgit dan Hunza, saya lihat baju penduduk sudah bertukar ke baju musim winter.  Saya rasa teruja. Melihatkan gunung sudah menampakkan kewujudan salji, tiba-tiba dalam hati terlintas, moga dipertemukan dengan salji. Jika alang-alang sudah melalui cuaca sejuk begini. Masa itu suhu di Hunza sudah mencecah 1-4 darjah celcius. Walau rasa macam mustahil, sebab awal November baru kan.

Tiba-tiba, masuk hari ke lapan, hari terakhir kami di Hunza, tourist guide memaklumkan, yang salji baru turun di Naltar Valley. Dalam hati terus rasa teruja. MasyaAllah. Lintasan hati dikabulkan. Rezekinya. Betul-betul hari terakhir di Gilgit Baltistan ini dia turun.

Musim Winter yang kami paling elak, namun Allah hendak bagi kami rasa. Maka, nikmat mana lagi yang hendak didustakan? Hati berbaur sebak dan gembira. Terima kasih Ya Allah kerana mengabulkan lintasan hati seorang hamba yang kerdil ini.

Dan di sepanjang di Naltar Valley, saya ralit berjalan-jalan di dalam salji. Nikmat berjalan di dalam salji ini adalah momen yang tidak akan dilupakan. Menghargai nikmat yang diberi. 














































Satu kata-kata makcik satu kumpulan semasa perjalanan saya ke Mesir dahulu, yang selalu saya semat di dalam hati: "Setiap kali perjalanan, sentiasa betulkan niat kita. Yang ingin kita lalui itu bukan untuk membangga diri dan 'show off'. Sentiasa betulkan niat, tujuan perjalanan untuk apa. Untuk merasai dan menghargai ciptaan Allah. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan kita, lindung dan jaga kita. "


-Alhamdulillah, nikmat ini akan saya simpan di dalam memori. Yang entah bila lagi akan dinikmati. Saya mendoakan kalian, yang belum berkesempatan menyentuh salji, agar suatu hari dimakbulkan impian kalian.-





















Ulasan

Kembara Mencari Nilai: Balkan 5 Negara

Pakistan: Kembara Mencari Nilai

Trip to Sydney - New Zealand

Travelog ke Korea

Catatan popular daripada blog ini